Tiada Lagi Subsidi Minyak RON95 Bermula 1 Disember 2014

Tiada Lagi Subsidi Minyak RON95
Kerajaan telah membuat dua keputusan mengenai isu minyak petrol di Malaysia minggu ini. Terdahulu, harga RON97 diturunkan 20 sen menjadi RM2.55 seliter yang kini hampir sama dengan harga subsidi RON95. Dan hari ini kerajaan memutuskan bahawa tiada Lagi Subsidi Minyak RON95 Bermula 1 Disember 2014
"Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.
"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," 
Itulah antara kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.Kerajaan yang memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini, Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Kaedah pengapungan terkawal sudah dilaksanakan bagi petrol RON97 yang mana harganya turun 20 sen baru-baru ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia.
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak 1983.
Melalui APM, kerajaan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu iaitu perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.
Memberi contoh, beliau berkata, harga purata RON95 yang direkodkan pada pasaran dunia dari 1 hingga 19 November 2014 ialah RM2.27 seliter, berbanding harga di pam RM2.30.
Penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember nanti bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November.
"Dalam hal ini kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember," 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now