Ujian Dara Ke Atas Calon Polis Wanita Adalah Tidak Benar

ujian dara polisi wanita indonesia
Kalau benar Ujian Dara Ke Atas Calon Polis Wanita perlu dilakukan maka ianya adalah satu hal yang pelik dan memalukan.

Tetapi hal ini telah disangkal oleh Ketua Polis Republik Indonesia, Jeneral Sutarman yang menegaskan bahawa kekecohan yang melanda segenap republik Indonesia tentang ujian menentukan dara ke atas calon polis wanita adalah tidak benar sama sekali, lapor portal beritaTempo.com.

"Siapa yang sebarkan hal ini dengan mengatakan ia ujian memeriksa dara?" tanya beliau ketika ditemui di Sukabumi, Jawa Barat hari ini.

Menurut Sutarman, Polis Republik Indonesia (Polri) tidak pernah mengadakan ujian khusus menentukan status dara bagi calon wanita yang mendaftar.

Polri semalam telah didesak Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) agar tidak meneruskan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan tersebut.

HRW yang berpangkalan di New York dalam satu kenyataan media memberitahu, Polri menetapkan syarat status tidak berkahwin dan dara bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu.

Dalam satu pendedahan, HRW mendakwa calon yang pernah menjalani ujian tersebut menyifatkannya sebagai proses yang menyakitkan dan menjatuhkan maruah. Lebih daripada itu, ada dalam kalangan mereka yang kini mengalami trauma, terutamanya prosedur pemeriksaan yang dikatakan ketinggalan zaman iaitu dengan menggunakan jari.

HRW berkata, mereka yang didapati gagal dalam ujian itu tidak akan diterima menyertai Polri.

Sementara itu, Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polri, Jeneral Ronnie F. Sompie memperbetulkan tanggapan tentang ujian dara yang heboh diperkatakan.

“Ia bukan ujian menentukan dara tetapi ujian kesihatan menyeluruh,” ujarnya hari ini.

Kata Ronnie, ujian yang memeriksa bahagian sulit wanita itu bukan untuk menentukan status dara sebaliknya mereka wajib menjalani ujian kesihatan menyeluruh termasuk kesihatan bahagian reproduksi. Dalam setiap prosedur ujian perekrutan polis, ujian seumpamanya dilakukan ke atas calon polis lelaki mahupun wanita.

“Ujian kesihatan tersebut adalah untuk mengenal pasti sekaranya terdapat calon yang menderita penyakit berjangkit terutamanya yang melibatkan organ pembiakan,” jelasnya.

Calon-calon polis itu juga ditempatkan di asrama dan berkongsi bilik tidur, bilik mandi dan berinteraksi dengan calon anggota lain. Selain ujian kesihatan, mereka juga wajib mengikuti ujian fizikal agar tahap kesihatan mereka dalam keadaan optimum untuk menjalankan tugas sekiranya diterima untuk berkhidmat.

Bagaimanapun, HRW masih tetap dengan bantahan mereka berdasarkan pengakuan yang diperoleh daripada beberapa anggota polis wanita dan calon polis wanita negara itu yang mendakwa ujian tersebut masih dijalankan. Lapor Astro Awani

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now