Video MH17 Saat Awal Terhempas Jadi Viral

Video Nahas MH17
Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine berlaku hampir empat bulan lepas. Video terbaharu yang dimuat naik di Youtube mengenai suasana dramatik sebaik sahaja pesawat MH17 ditembak jatuh di Donetsk, pada 17 Julai lalu, menjadi antara topik utama media England.
Video MH17 ditembak jatuh terbaharu ini menunjukkan saat awal pesawat yang sedang terbakar, terhempas menghampiri perkampungan dengan penduduk pada awalnya menyangkakan ianya pesawat tentera negara itu.

Video amatur yang diperoleh agensi berita Associated Press (AP) yang diambil sendiri oleh penduduk di Hrabove, menunjukkan bagaimana penduduk bergegas ke bangkai pesawat yang sedang terbakar hanya beberapa meter jasa jaraknya dari rumah mereka pada tengah hari 17 Julai itu.

Video MH17 Saat Awal Terhempas Jadi Viral


Video berkenaan kemungkinan rakaman pertama diambil sebaik saja pesawat Malaysian Airlines (MAS) itu terhempas.Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak  jatuh.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Hamidi SP Hamidi SP 17 November, 2014
Kebenaran masih belum terungkai. Kesian mangsa2 MH17 tu..