Video Punca Bung Mokhtar Minta Astro Ditutup

Bung Mokhtar Minta Astro Ditutup

Isu Astro bukanlah isu baru di Malaysia. Banyak kontroversi mengenai Astro termasuk gangguan siaran apabila hujan, Astro naik harga dan kini masalah iklan yang berlebihan telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga suami kepada aktres popular Zizie Ezette, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Melalui satu rakaman video pada sesi perbahasan Dewan Rakyat kelmarin, Bung Mokhtar telah memberikan pendapat bahawa Astro seharusnya ditutup kerana telah menipu rakyat dan kerajaan berulang kali.

Berikut antara petikan hujah beliau di Dewan Rakyat
Tutuplah ini Astro sebab dalam perjanjian apabila Astro beroperasi, dia tidak boleh menyiarkan iklan, sebab dia TV berbayar. Tetapi iklan dia, Masya-Allah, kalah TV3 punya iklan.”
Tambah beliau lagi, “Iklan dia berbilion-bilion. Dua kali rakyat ditipu, kerajaan ditipu oleh Astro.”
Bagaimanapun hujah beliau terganggu seketika dan menjadi lawak jenaka apabila Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said mencelah dan menyoalnya sama ada hujah ini akan memeberi kesan kepada isterinya Zizie Ezette yang adalah seorang pelakon drama di Astro.

Jom layan video ini



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now