Ada Unsur Jual Game Punca Vietnam Kalah Dengan Malaysia?

Rumah siap pahat berbunyi itulah perumpamaan yang boleh diberi kepada skuad bolasepak Vietnam kini. Semalam skuad bola sepak Malaysia berjaya mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 pada perlawanan separuh akhir kedua. 
Jual Game Punca Vietnam Kalah Dengan Malaysia?
Kekalahan ini menyebabkan Vietnam mengesyaki terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan atau jual game. Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hung Dung dipetik dalam satu laporan oleh Thanh Nien News sebagai berkata tidak mungkin prestasi pertahanan pasukan negara tersebut jatuh dengan begitu mendadak.

Hung dung turut mengarahkan satu siasatan menyeluruh, terutama pada bahagian pertahanan dilakukan. Antara lain, beliau tidak menolak terdapat unsur mengatur keputusan perlawanan. Bukan sahaja VFF,  malah terdapat penyokong Vietnam yang berasa wujud unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

Isu ini dibangkitkan selepas seorang pemain liga Vietnam dihukum penjara 30 bulan pada Ogos lalu selepas didapati bersalah mengatur keputusan perlawanan.

Manakala jurulatih pasukan, Toshiya Miura tidak pasti mengapa prestasi anak buahnya begitu merosot dan kegagalan Vietnam untuk mara ke final akan ditanggung olehnya.
“Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang pasti bahagian pertahanan banyak melakukan kesilapan dan begitu juga bahagian serangan,” 
“Sebagai jurulatih, saya memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan ini. Melihat peminat Vietnam yang memenuhi ruang stadium, saya sedar akan harapan mereka. Saya minta maaf kepada semua peminat pasukan Vietnam” 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

mselim3 mselim3 12 Disember, 2014
Assalammualaikum...PP,

macam2 diaorang nie.. kalau dah kalah kata.. atur perlawanan.. tapi apa yang jelas Malaysia bermain sangat baik sebagai satu pasukan... good luck Malaysia. Moga Malaysia berjaya di final vs thailand..