Bahaya Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium Hysterophorus

Bahaya Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium HysterophorusKetua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini menasihatkan orang awam untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai miang Mexico' atau 'partheniumhysterophorus' kerana boleh menyebabkan alahan, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.
Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium HysterophorusRumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.
"Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan dan berulang kali.
"Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada istem pernafasan seperti selsema dan asma," 
Apa itu Rumpai Miang Mexico
Rumpai Miang Mexico atau nama sainstifiknya Parthenium hysterophorus dari famili Asteraceae merupakan sejenis rumpai liar yang berasal dari negara Mexico, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Rumpai ini juga dikenali sebagai Carrot Weed. 
Rumpai ini boleh tumbuh di pelbagai jenis dan keadaan tanah termasuklah tanah kurang subur. Ia kelihatan seperti ulam raja dan panjang daun 30cm dengan bilangan daun yang boleh mencapai 55 helai.
Bunga Rumpai Miang Mexico
Bunga rumpai ini berwarna putih susu (krim) dengan ukuran diameter 4-6mm, pada batang rumpai ini terdapat bulu-bulu halus (trikomes) dan bercabang. Biji benih rumpai ini berwarna perang kehitaman berbentuk seperti baji dan boleh mencapai 100,000 biji benih perpokok dalam satu kitaran hidup lengkap iaitu 3-4 bulan.

Bahaya Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium Hysterophorus
Rumpai ini merebak melalui angin, air yang mengalir, makanan haiwan ternakan, haiwan ternakan yang diimport, pergerakan haiwan ternakan, manusia dan pergerakan jentera, serta alatan pertanian. 
Rumpai ini dikatakan sebagai rumpai yang berbahaya kerana memberi kesan kepada ekosistem semulajadi, menyebabkan alahan kepada manusia dan haiwan yang boleh membawa kepada kematian.
Bahaya Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium Hysterophorus

Kehadiran rumpai ini mula dikesan pada bulan September 2014 oleh Jabatan Pertanian Malaysia di kawasan Ulu Yam Baru, Selangor dan selepas itu bancian telah dijalankan dengan sistematik dan didapati negeri Perak, Kedah dan Negeri Sembilan juga mempunyai rumpai ini. 
Ancaman bahaya dari rumpai ini telah dilabelkan sebagai rumpai paling teruk abad ini kerana mengurangkan hasil pertanian serta ternakan bagi sesebuah negara dan seterusnya mengalami kerugian besar disamping menimbulkan masalah kesihatan yang kronik pada manusia.
Bahaya Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium Hysterophorus

Akta rumpai telah memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pemilik tanah yang membiarkan rumpai ini tumbuh ditanah mereka tanpa usaha menghapuskannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memastikan rumpai ini terhapus dari negara kita supaya hasil pertanian dan ternakan serta keselamatan manusia terjamin. 
Pada pamplet dibawah ini terdapat cara kawalan bagi rumpai ini yang boleh dijadikan rujukan umum dalam menghapuskan rumpai berbahaya ini.

Bahaya Rumpai Miang Mexico Atau Parthenium Hysterophorus
Sebarang info atau aduan bolehlah terus menghubungi Pejabat Pertanian berhampiranatau Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kuala Lumpur di talian 03-2030 1400 atau layari Facebook Biosekuriti Tumbuhan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now