Barisan Kemungkinan Malaysia Vs Vietnam 7 Disember 2014

Malaysia Vs Vietnam 7 Disember 2014
Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Dollah Salleh kini dalam persiapan terakhir sebelum Malaysia berdepan juara 2008, Vietnam pada Ahad ini, 7 Disember 2014 jam 800 malam di Stadium Shah Alam.

Malaysia mara ke separuh akhir selepas seri 0-0 dengan Myanmar, kalah 2-3 di tangan Thailand sebelum menang ke atas Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang. 

Dengan penggantungan satu perlawanan kepada kapten, Shukor Adan dan pemain sayap JDT, Mohd Amri Yahyah, Malaysia dijangka akan merombak senarai kesebelasan utama ketika menentang Vietnam nanati. Berdasarkan persembahan semasa dan trend pemain sebelum ini, berikut adalah jangkaan kesebelasan utama yang akan diturunkan oleh Dollah Salleh nanti.

GK
Khairul Fahmi

Pertahanan
Mahali Jasuli
Zubir Azmi
Mohd Fadhli Shas
Muslim Ahmad

Tengah
S. Kunalan
Azamuddin Akil
Gary Steven Robbat
Safiq Rahim

Penyerang
Safee Sali
Norshahrul Idlan Talaha 

Link live streaming perlawanan di SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza 05 Disember, 2014
Asalam..semoga ada kejayaan kepada team kita Malaysia