Berita Palsu Air Empangan Tasik Kenyir Pada Paras Bahaya

Empangan Tasik Kenyir

Berita Palsu Air Di Empangan Tasik Kenyir Pada Paras Bahaya. Dakwaan segelintir pihak kononnya paras air di Empangan Tasik Kenyir berada pada paras berbahaya dan air akan dilepaskan, sekali gus memburukkan lagi banjir terutama di kawasan Hulu Terengganu, adalah tidak benar dan disangkal oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata paras air di empangan itu ketika ini berada pada paras biasa dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu sudah memaklumkan kepada kerajaan negeri yang mengesahkan keadaan masih terkawal.

"Air di empangan itu sehingga kini tidak dilepaskan dan ia tidak benar seperti didakwa oleh pihak tertentu yang hanya satu pembohongan.


Empangan Tasik Kenyir

"Penduduk dinasihatkan jangan mempercayai dakwaan palsu itu kerana TNB sudah memaklumkan kepada kerajaan negeri, pihaknya tidak akan melepaskan air di empangan itu," katanya ketika diminta mengulas ada penduduk mempercayai kononnya TNB akan melepaskan air di Empangan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bagi mengurangkan tekanan air yang mungkin boleh memberi kesan kepada sistem takungan empangan itu ketika banjir sekarang - BH online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now