Berita Palsu Pengganas Mendarat Di Sandakan Sabah

esscom
Berita Palsu Pengganas Mendarat Di Sandakan Dan Tembak Menemabk Di Semporna Sabah. Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun menafikan khabar angin kononnya sekumpulan pengganas dari selatan Filipina mendarat di Sandakan dan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna.
Beliau berkata khabar angin yang tersebar luas di media sosial termasuk di Facebook itu tidak benar dan menasihati orang ramai supaya tidak cemas dan panik.
"Saya minta orang ramai bertenang kerana keadaan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) khususnya di Sandakan dan Semporna terkawal...tidak benar sama sekali dakwaan atau khabar angin itu," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu hari ini.
Rashid mengulas khabar angin sekumpulan pengganas dari selatan Filipina mendarat di Kampung Luboh, Batu 12 Sungai Manila, Sandakan pada 25 Disember lepas dan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna, semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Esscom untuk mendapatkan maklumat sahih.
Katanya bilik gerakan yang berpusat di Lahad Datu itu beroperasi 24 jam dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faksimili 089-863182.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Sementara itu dalam sidang media di Kota Kinabalu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malek Harun berkata pihaknya akan menyiasat dalang di sebalik penyebaran maklumat dalaman polis kepada awam itu termasuk dalam laman media sosial.
Beliau berkata jika penyebaran maklumat itu dilakukan dengan sengaja oleh orang dalam, polis akan mengambil tindakan sama ada berbentuk tatatertib atau undang-undang mengikut Akta Rahsia Rasmi.
"Sebarang maklumat yang disalurkan kepada polis, kita akan siasat untuk mengesahkan kejadian seperti dakwaan di Sandakan dan Semporna yang ternyata tidak benar.
"Bagaimanapun, prosedur kita ialah untuk memaklumkan kepada semua balai polis berkaitan untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. – Bernama, 29 Disember, 2014.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now