Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang Dari Radar Di Indonesia

Pesawat AirAsia Hilang Dari Radar Di Indonesia
Berita Terkini Pesawat Air Asia QZ 8501 Hilang Dari Radar Di Indonesia. Penerbangan Air Asia Indonesia 8501 hilang dari radar. Penerbangan Air Asia QZ atau AWQ 8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pagi ini, Ahad, 28 Disember 2014. 

BERITA TERKINI PESAWAT AIRASIA SAH TERHEMPAS DI SINI
BERITA PESAWAT AIRASIA QZ 8501 HILANG KONTAK DILAPORKAN TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG INDONESIA DI SINI

Kompas.com melaporkan bahawa Kementerian Penerangan dijangka mengeluarkan satu kenyataan ini, memetik pengarah lalu lintas udara Djoko Murjatmojo sebagai berkata.
Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat Republik Indonesia berkata pihaknya menerima laporan bahawa Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan pada 06:17 (Barat Indonesia Masa) 05:17 waktu Malaysia di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Difahamkan terdapat seramai 155 penumpang berada dalam pesawat AirAsia ini. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Hanya seorang penumpang adalah dari Malaysia. Identiti mangsa dari Malaysia yang terlibat dalam kehilangan penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 dipercayai adalah Sii Chung Huei dari Sarawak.

Berdasarkan laporan media pada Ahad, Chung Huei sepatutnya melancong bersama kawannya, namun menukar penerbangan. 

VIDEO SIDANG MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN MENGENAI KEHILANGAN AIRASIA QZ8501 DI SINI


SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT AIRASIA QZ 8501 YANG HILANG DI SINI

Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu (130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi) berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Dilaporkan seorang daripada penumpang ialah rakyat Malaysia.Sehubungan itu juga, AirAsia telah membuka Pusat panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu ditalian +622129850801.
Satu laporan yang belum disahkan mendakwa pasukan pencarian telah menemui serpihan pesawat QZ8501 yang terapung di perairan berhampiran Pulau Belitung.
Portal berita Indonesia, Bangka Pos melaporkan, bagaimanapun tiada pengesahan dibuat mengenai penemuan serpihan itu setakat ini.
Statement dari AirAsia Mengenai Kehilangan Pesawat QZ 8501
Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang Dari Radar Di Indonesia



SUMBER - NST Online , BH Online & Astro Awani
Punca Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang
Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia (PUI), Djoko Murjatmojo memberitahu pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah meminta 'penukaran jalur penerbangan' untuk mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.

“Ketika itu, pesawat yang terbang pada ketinggian 32,000 kaki melintasi Laut Jawa berhubung dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

“Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih terlihat dalam radar namun pada 6.17 pagi, ia hilang dari pemantauan ATC. Bermula jam 6.18 pagi, yang kelihatan hanyalah jejak laluan penerbangan,” ujar Djoko dalam sebuah sidang media tergempar berkenaan kehilangan pesawat tersebut.

Pihak ATC pada jam 7.08 pagi menunggu lagi sehingga 20 minit, kemudiannya untuk mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan.

Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang
Jenis pesawat: Airbus A320
Pendaftaran: PK - AXC
Laluan: Surabaya-Singapura
No Penerbangan: QZ 8501
Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)
Komposisi Kru:
Kapten: Iriyanto
Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel
4 Atendan:
Wanti Setiawati
Khairunisa Haidar Fauzi
Oscar Desano
Wismoyo Ari Prambudi
Jurutera: Saiful Rakhmad
Komposisi penumpang : 138 dewasa
: 16 kanak-kanak
: 1 bayi

Statement dari DCA Singapura

Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang Dari Radar Di Indonesia

Kronologi Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501
Pengarah Perhubungan Udara Djoko Murjatmodjo, Kementerian Perhubungan Indonesia dalam sidang media di Pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Wilayah II, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, memberitahu bahawa:

Pada jam 5.36 pagi waktu tempatan, pesawat yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura pada ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikut laluan M635 yang biasa dilalui antara Surabaya dan Singapura.

Komunikasi terakhir dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) di Jakarta adalah pada jam 6.12 pagi. Juruterbang telah meminta untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

Permintaan yang difahamkan untuk mengelak awan tersebut telah dipersetujui pihak ATC.

Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih ada di dalam radar dan seminit kemudian ia hanya tinggal isyarat di dalam radar ATC.

Pada jam 6.18 pagi, pesawat didapati hilang dari radar dan yang tinggal cuma jejak laluan penerbangan. Data realisasi penerbangan juga tidak wujud dalam radar.

Pada jam 7.08 pagi, pesawat diletakkan dalam status fasa tidak pasti iaitu INCERFA berikutan kehilangan perhubungan. Pihak tahap awal hilangnya kontak, badan misi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihubungi.

Pada jam 7.28 pagi, status pesawat adalah ALERFA iaitu tahap selanjutnya yang menyatakan bahawa pesawat hilang hubungan.

Pada jam 7.55 pagi, pesawat dalam status DETRESFA iaitu sudah disahkan hilang secara rasmi.
Lokasi terputus hubungan terjadi ai antara Tanjung Pandan dan Pontianak. Pasukan SAR kini dalam misi mencari dengan mengharapkan isyarat daripada pemancar lokasi kecemasan (ELT). Setakat ini, isyarat tersebut belum dikesan.



BERITA TERKINI LAIN
SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT AIRASIA QZ 8501 YANG HILANG DI SINI

VIDEO SIDANG MEDIA PESAWAT AIR ASIA QZ8501 HILANG DARI SURABAYA KE SINGAPURA 28-12-2014 DI SINI

PESAWAT AIRASIA HILANG DILAPORKAN TERBANG RENDAH DAKWA KAPTEN KAPAL DI SINI
Sii Chung Huei RAKYAT MALAYSIA TUNGGAL DI PESAWAT QZ8501 DI SINI

GAMBAR TUMPAHAN MINYAK DI KAWASAN PENCARIAN DI SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now