Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online

Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Secara Online. Berita baik buat pelajar PT3 2017 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2018. Pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 secara online pada minggu ketiga bulan Januari 2018. Calon pelajar Tingkatan 3 disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.

Semakan Keputusan kv dan smt 2018 Online

SEMAKAN KEPUTUSAN KV DAN SMT 2018 ONLINE

Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan Januari 2018. Semakan keputusan ke ILKA, ILKS dan GIATMARA juga boleh dibuat pada tarikh yang sama. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran. Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV
  • Asrama  disediakan  berdasarkan  program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.

MAKLUMAT SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2018 ONLINE

 NO

 PERKARA

TARIKH PENTING/ NOTA

1Semakan Tawaran
  • 4 hingga 14 Januari 2018 : Sesi pemilihan / temu bual
  • 15 hingga 22 Januari 2018 : Semakan keputusan KV/ SMT
2Surat Tawaran
  • Bagi Murid Lepasan PBS 2017, semakan tawaran di dalam laman sesawang KPM : / sptv.moe.gov.my
  • 24 Januari sehingga 12 Februari 2018 : Bagi Murid Lepasan PAV 2017, surat tawaran akan diedarkan melalui KV yang dimohon.
  • 24 Januari sehingga 12 Februari 2018  : Untuk Murid Lepasan PAV 2016, surat tawaran akan diedarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

3.





Pendaftaran dan Rayuan (Aliran Perdana)
  • 23 Januari 2018 : Pendaftaran Murid Aliran Perdana
  • 24 Januari sehingga 20 Februari 2018 : *Walk- in/rayuan:
          Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke  mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :
  • Borang walk-in / rayuan
    Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
    Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
4Pendaftaran dan Rayuan (Aliran PAV)
  • 12 Februari 2018 : Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
  • 13 Februari Hingga 28 Februari 2018 : *Walk- in/ rayuan di mana-mana GIATMARA / WISDEC
Maklumat Permohonan sila rujuk : FAQ KV SMT 2018

Tahniah kepada pemohon Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online yang berjaya menerima tawaran kemasukan. Semoga anda terus berjaya dalam pengajian di KV dan SMT nanti.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Bintang Sukan Bintang Sukan 08 December, 2014
semoga berjaya kepada pemohon pt3 2014 semua
Anonymous Anonymous 08 January, 2015
Selepas melanjut ke laman sesawang KPM, terdapat banyak pilihan seperti Peritahuan, e-perkhidmatan dan lain...mana satu harus saya pilih untuk menyemak keputusan...? saya tidak boleh menyemak keputusan dan ini sangat membimbangkan saya..juga terima kasih kepada blogspot ini.TERIMA KASIH!
Anonymous Anonymous 15 January, 2015
betul2..saya pun tak boleh menyemak keputusan tu. camane nk check ni samada dpt ke tidak.
Rossa Calla Rossa Calla 19 January, 2015
harap maklum semakan KV & SMT 2015 bermula 20 jan 2015
Anonymous Anonymous 20 January, 2015
Saya nak masuk macam mana nak buat rayuan
Amierul Syahib Amierul Syahib 23 January, 2015
macam mana saya nak check keputusan exam tahun lepas......
Anonymous Anonymous 04 February, 2015
assalamualaikum,nk tnye..lau sye dh wt prmohonon KV tp gagal..nk wt rayuan tp at KV tu dh pnuh..leh ke sye nk wt rayuan at KV lain??
Anonymous Anonymous 27 December, 2015
Mcmne nk tahu dpt ke tdk?
Rossa Calla Rossa Calla 27 December, 2015
Sila semak keputusan permohonan KV dan SMT 2016 secara online pada tarikh yang dinyatakan dalam jadual diatas
Najihah Radhiyah Najihah Radhiyah 10 January, 2016
maaf bertanya. utk semakan temuduga bg kv adakah semua kv menyediakn temuduga atau bagaimana? dn bagaimanakah sy ingin menyemak kv yg sy mohon mengadakan temuduga?
Rossa Calla Rossa Calla 10 January, 2016
Menurut KPM, Sesi temuduga adalah bergantung kepada institusi /pemilihan. Boleh cuba hubungi hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 / 5089 / 5104 / 5067
onewhitelily onewhitelily 11 January, 2016
Sekiranya permohonan pertama tidak dapat dan kemudian membuat rayuan, bagaimana dan bila keputusan rayuan diterima. Tq
Rossa Calla Rossa Calla 13 January, 2016
Boleh rujuk sini untuk sedikit info http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5131
Radzuan Mat Isa Radzuan Mat Isa 08 February, 2017
Saya telah menghadiri temuduga pada 27/1/17.bilakah saya menerima keputusan kelulusan temuduga tersebut.Tempat temuduga di Sekolah teknik Gerik.