No Telefon Hotline Bilik Gerakan Bencana Banjir Negeri Johor.

Bencana Banjir Negeri Johor

No Telefon Hotline Bilik Gerakan Bencana Banjir Negeri Johor. Keadaan banjir di Johor menunjukan peningkatan apabila daerah Kota Tinggi menjadi daerah terkini dilaporkan banjir.

Keadaan itu menjadikan ia daerah keenam terjejas banjir selepas Kluang, Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kulaijaya.

INFORMASI TERKINI BANJIR DI MALAYSIA KLIK SINI

Laporan Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor merekodkan seramai 1104 keseluruhan mangsa terlibat membabitkan 268 keluarga di enam daerah ini sehingga jam 4 pagi tadi.

Berikut pecahan mangsa di pusat pemindahan yang dibuka.

Enam pusat pemindahan banjir masih dibuka di Kluang sejak semalam iaitu di
Balairaya Kg Paya Palembang yang menempatkan 89 mangsa dari Mukim Ulu Benut; Balairaya Kg Melayu Mardi (75); Balairaya Kg Mengkibol(109) dan SK Sri Kencana (234); Balairaya Kg Kolam Air (67); Balairaya Kg Bentong (38).

Manakala di Muar 18 mangsa dipindahkan melibatkan lima keluarga ke Balairaya Kg Sawah Laku; diikuti Segamat (192) di SK BT Anam dan SK Spang Loi (11) di Kulaijaya di pusat pemindahan Surau Kg Sg Siam (54).

Dua pusat di Batu Pahat dibuka di SK Kota Dalam (36) dan SMK Suria Perdana (52); dan terkini di Kota Tinggi melibatkan penempatan di Mukim Penggerang seramai 77 orang dipindahkan ke Dewan Al Zubir Kg Jawa, di sini.

Dilaporkan jalan terputus hubungan di Jalan Bukit Tempurung, Segamat dan tiada rekod kemalangan jiwa dilaporkan - Sinar Harian

Berikut adalah nombor talian hotline Bilik Gerakan Bencana Negeri Johor untuk panduan semua 
No Telefon Hotline Bilik Gerakan Bencana Banjir Negeri Johor

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now