Biodata Charyl Yannis Chappuis Pemain Thailand Jersi No 7

Biodata Charyl Yannis Chappuis

Nama Charyl Chappuis pemain bolasepak Thailand berjersi No. 7 kini menjadi viral dan popular gara-gara kehenseman beliau serta jaringan penalti pada perlawanan Final pertama Malaysia lawan Thailand malam tadi. Charyl Chappuis atau boleh dipanggil 'Ronaldo Thailand' sebenarnya dilahirkan di Switzerland.  Berusia 22 tahun kini dan bermain sebagai mdifield tengah skuad Piala AFF Suzuki 2014 Thailand.

Charyl Yannis ChappuisPada tahun 2009 dia adalah sebahagian daripada skuad bawah-17 Switzerland yang memenangi FIFA U-17 Piala Dunia 2009 menewaskan tuan rumah Nigeria 1-0 pada perlawanan akhir, Chappuis beraksi dalam semua tujuh perlawanan di kejohanan itu.

Chappuis dipanggil kembali ke Thailand oleh bekas jurulatih Winfried Schafer untuk bermain menentang Lubnan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Beliau jug sebelum ini telah dipanggil ke skuad Bawah 23 Thailand oleh jurulatih Thailand sekarang iaitu Kiatisuk Senamuang. Penampilan tidak rasmi untuk Thailand U23 adalah pada perlawanan persahabatan menentang FC Barcelona, semasa lawatan FC Barcelona di Bangkok. Chappuis membuat penampilan rasmi bersama skuad Bawah 23 Thailand pada perlawanan menentang Uganda U23 pada bulan November 2013.

Chappuis pernah memenangi pingat emas Sukan SEA Asia Tenggara dengan Thailand U23 pada tahun 2013.

Berikut adalah serba sedikit Biodata Charyl Yannis Chappuis untuk peminat bolasepak semua

Nama Penuh : Charyl Yannis Chappuis
Tarikh Lahir : 12 Januar1 1992 (umur 22 tahun)
Tempat Lahir : Kloten, Switzerland
Tinggi : 1.77 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Posisi : Midfielder (Tengah)
No Jersi : 7

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now