Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia Wanita Bertudung

Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia Wanita Bertudung Yang Cun Kini Viral Di Laman Sosial. Menjadi seorang pilot atau juruterbang adalah cita-cita idaman kebanyakan kanak-kanak ketika di zaman sekolah selain jurutera, doktor, polis dan sebagainya.
Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus
Waktu itu gambaran mengemudi sendiri sebuah pesawat terasa begitu gah. Apatah lagi segak mengenakan seragam putih hitam sambil mengepit topi berlencana lambang sayap.
Cerita yang sama juga berlaku pada Noor Hafizah Mohd. Idrus, 30, yang berminat untuk menjadi juruterbang sedari kecil. Bezanya, impian itu pada awalnya mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya.
Sebaliknya mereka mahu melihat Noor Hafizah berjaya dalam bidang perubatan dan bergelar seorang doktor.
Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus
Untuk tidak menghampakan impian orang tua, dia meneruskan pengajian di dalam bidang sains, peringkat matrikulasi di Londang, Melaka walaupun terpaksa melupakan impian untuk terbang tinggi di awan biru.
Disebabkan markah yang tidak begitu melayakkannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, akhirnya anak kedua daripada enam beradik itu meneruskan pengajian dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Begitupun setelah mengharunginya selama satu setengah tahun, pengajiannya ‘terbengkalai’ begitu sahaja tanpa sempat ditamatkan.
Semuanya gara-gara iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut.
Lantas, tanpa berfikir panjang, Noor Hafizah atau lebih mesra disapa Fizah telah memohon tanpa pengetahuan keluarga.
Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus
Hari ini, setelah bernaung di bawah sayap AirAsia, anak kelahiran Taiping, Perak itu akhirnya berjaya meyakinkan kedua ibu bapanya bahawa kerjaya sebagai juruterbang mampu dipikulnya.
“Pada peringkat awal, emak dan ayah susah juga hendak menerima kenyataan saya menyertai AirAsia sebagai juruterbang. Tambahan pula terpaksa meninggalkan pengajian di UKM.
“Tetapi setelah diterima dan lulus temuduga dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik, akhirnya mereka menerima dan kini menyokong kuat saya.
“Yang pasti, hari ini saya mampu berbangga dengan diri sendiri kerana cita-cita yang diimpikan sejak kecil menjadi kenyataan,” katanya sambil tersenyum.
Jika bersemuka dengan Noor Hafizah pastinya tidak percayai dia merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang kerana susuk badannya yang kecil.
Pada masa sama, pengorbanan Noor Hafizah melepaskan pengajian di UKM berbaloi kerana dia kini adalah seorang Senior First Officer (Kapten) AirAsia X.
Siapa sangka, penglibatan awalnya dalam bidang penerbangan mendapat tentangan hebat daripada kedua ibu bapanya, hari ini sudah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan yang dikecapi.
Secara tidak langsung, dia juga berjaya membuktikan bahawa wanita juga mampu menggerakkan jentera berat dan besar malah keupayaan mereka tidak harus dipandang sebelah mata.
Walaupun kerjaya itu nampak senang tetapi sebenarnya ia bukanlah mudah seperti yang disangka. Ini kerana setiap enam bulan mereka akan menduduki peperiksaan selain melalui latihan simulasi untuk persiapan menghadapi situasi akan datang.
Bagaimanapun, kepuasan jelas terlihat pada riak wajah masing-masing. Semuanya gembira dengan kerjaya yang disandang hari ini.
Bagi mereka terutama wanita-wanita yang bercita-cita ingin juruterbang selalulah memantau iklan di akhbar-akhbar utama selain laman sesawang rasmi mana-mana syarikat penerbangan untuk memohon.
Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia Wanita Bertudung
  • Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus atau nama samaran Fizzy Idrus
  • Umur: 30 Tahun (2014)
  • Tarikh Lahir: 21 September 1984
  • Asal: Taiping Perak
  • Instagram: http://instagram.com/fizzyidrus
  • Pendidikan: Sek Keb Taiping,  Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka.
  • Bidang: Ijazah Multimedia (UKM) - Tidak menamatkan pengajian
  • Bermula Kareer Juruterbang: Sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.
  • Jawatan Terkini: Senior First Officer (Kapten) AirAsia X

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now