Biodata Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega 2014

Nama Kumpulan Zero kini harum semerbak hasil persembahan konsisten mereka di Maharaja Lawak Mega 2014 setakat minggu ke 4. Naib Juara Raja Lawak Musim Ke 6 tahun 2012 (di belakang Shiro) yang berasal dari Daerah Kudat merupakan antara peserta yang paling cemerlang dengan idea-idea lawak yang bermutu tinggi dan baru dan hasilnya Kumpulan Zero telah mencipta rekod dengan mendapat 4 1/2 bintang di Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 4 yang lalu. Dan kini Zero telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2014.


Biodata Kumpulan Zero Maharaja Lawak Mega 2014

Sudah tiba masanya bagi mereka yang tidak mengenali kumpulan ini untuk mengetahui latar belakang Kumpulan Zero yang terdiri daripada tiga adik beradik iaitu Syaiful (25), Sharif (23) dan Atu (21).

Tiga beradik ini mahu mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia selain mahu membantu keluarga mereka di kampung yang terletak di Kudat, Sabah. 

Setelah kematian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara. Sebelum itu, mereka 3 beradik bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka.
Biodata Kumpulan Zero
Dari kiri - Atu, Syaiful dan Sharif

BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014)

Peserta pertama: SYAIFUL
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Peserta kedua: SHARIF
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan
* Syaiful diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari 2015.

Peserta ke-3: ATU
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

FB Kumpulan ZERO - https://www.facebook.com/pages/Kumpulan-ZERO-Rajalawak-6/234500289959403

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


{ 12 comments.. read them below or add one }

nuratthirah nuratthirah 06 Februari, 2015
👍👍👍👍👍. ⭐⭐⭐⭐⭐
Fyda Noh Fyda Noh 07 Februari, 2015
Baru tahu diorang adik- beradik. Rupanya syaiful tu abang, tapi selalu berlakon jadi adik..
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Februari, 2015
Aku tgk diorg ni xde la lawak mane pn..and they a litle bit show off dgn buat aksi2 akrobatik..sikit2 nk tunjuk skill..kalau skill lawak xpe gak..
maka maka 07 Februari, 2015
yai....klu x lawak....xkn ble jd juara....
apa pnya noob pnya komen ni....
dorg dpt 500k...ko dpt apa bos...dpt tnjuk bodoh sni...yai
mcm si taik....
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Februari, 2015
Tahniah Zero walau pun menjalani hidup yg susah Tetapi anda telafon berjaya ke peering kat akhir 😍
Tanpa Nama Tanpa Nama 07 Februari, 2015
TAHNIAH..
ALHAMDULILLAH
REZEKI ALLAH..
SEMOGA TIDAK LUPA DIRI
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Februari, 2015
kita faham ko ckp tak lawak.. mgkn ko tak faham kot bab2 lawak ni... atau pun ko bru je dtg kat mlysia ni,, bangla..
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Februari, 2015
Tu talent diorg, talent ko apa? Rasenye talent ko ni tau mengkritik org je kan ish3 insaflah, jangan asyik nak berkata buruk kat org sbb nanti ko akan kena balik :)
Tanpa Nama Tanpa Nama 08 Februari, 2015
Bangla tu x faham mksud lawak aku tengok lewak si zero kewak giler sepahtu pon kalah
Aku sentiasi yang zero akan juarA tetap

P.S. Faeiz zaqwan
Tanpa Nama Tanpa Nama 09 Februari, 2015
Yai... ko jaki pesal?
sekebau sekebau 19 Februari, 2015
Mana punya longkang duk mai ni.... kalau tk lawak tk kan champion kot
Baikbelah toksah duk buat musibat kat sini