Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online. Dipetik dari Kalendar Peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi Julai 2016 akan di buka pada bulan Mac 2016. Peringatan kepada calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET, anda dinasihatkan untuk mendaftar awal di atas talian/ online kerana permohonan yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Dijangka ramai yang akan mengambil peperiksaan MUET samada baru atau memperbaiki keputusan disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi permohonan ataupun graduasi.

Tarikh Penting Pendaftaran MUET Julai 2016

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2016 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran MUET sesi Julai 2016 adalah seperti ketetapan berikut:-

  • Tarikh pendaftaran di buka : 15 Mac 2016
  • Tarikh tutup pendaftaran : 11 Mei 2016
  • Tarikh Ujian Speaking : 18, 19, 20, 21, 25 & 26 Julai 2016
  • Tarikh Ujian Bertulis : 30 Julai 2016 

Borang Pendaftaran MUET Sesi Julai 2016 Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Julai 2016 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET 2016 Sesi Julai Online di laman sesawang MPM seperti informasi berikut :-

  • Applikasi eSubmission MPM online  
  • Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  • Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’ 
  • PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.

Kalendar Peperiksaan MUET 2016

kalendar peperiksaan muet 2016

Semoga panduan Borang Pendaftaran MUET 2016 Sesi Julai Online ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 03 Disember, 2014
perkongsian yang sangat bermanfaat...
Tanpa Nama Tanpa Nama 26 Januari, 2015
saya sudah daftar muet untuk sesi julai, layak ke saya mohon upu? sebab keputusan muet keluar selepas keputusan upu keluar.
abd rahim siddiq ibrahim abd rahim siddiq ibrahim 29 Januari, 2015
Knape link untuk pdtaran muet sesi julai ni.. Error ja.. Ade pautan lain ker yg sya bleh guna tok .. Daftar.. Bleh minta link tok daftar muet sesi julai ni...
abd rahim siddiq ibrahim abd rahim siddiq ibrahim 29 Januari, 2015
Bleh x minta link tok daftar muet sesi julai 2015 ni..
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 Januari, 2015
Apsal klik calon persndrian x dpt?
fatimah tampugau fatimah tampugau 30 Januari, 2015
apsal aku tak leh register,,,sy dh bli pin kt bsn.. anyone help me ples
fatimah tampugau fatimah tampugau 30 Januari, 2015
anyone plezz help me cm mna nk register ek
Fantastic7 Fantastic7 04 Februari, 2015
sila guna internet explorer
Nur Aqilah Nur Aqilah 11 Februari, 2015
kenapa saya jmpa bnyak sgt jadual yg berlainan tarikh?? mana satu yg betul??
Rossa Calla Rossa Calla 11 Februari, 2015
Ianya sama rujuk sini : http://portal.mpm.edu.my/web/guest/kalendar-peperiksaan
Tanpa Nama Tanpa Nama 13 Februari, 2015
sy beli pin mec guna atm dan bila sy nak daftar pengguna baru utk calon persendirian tidak dapat..kenapa? respon please..
Azzahairi Azzahairi 18 Mei, 2015
Kena rajin membaca panduan kalau nak lulus cemerlang muet
fazwanaz fazwanaz 16 Mei, 2016
[-( tlepas tarikh lagiiiiiiiiiiiiiiiii ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;(( ;((
Tanpa Nama Tanpa Nama 19 Mei, 2016
Saya dah isi borang pendaftaran MUET tapi saya terlupa hendak print. Adakah saya wajib print borang tu? Adakah saya perlu sertakan borang pendaftaran sebagai apa-apa rujukan kepada lecturer atau pihak MPM pada masa hadapan?
Anis Izzaty Bte Abdul Razak Anis Izzaty Bte Abdul Razak 31 Mei, 2016
Saya dah mohon utk muet sebelum ni...tp saya mohon lagi utk sesi julai 2016 dgn akaun yg lain...tp bila saya log in masuk akaun saya yg lama sbb emailnye email yg lama tp akaun saya yg baru guna email saya yg baru..jd bila sy check..saya x ade mohon muet utk julai2016...jd saya panic sbb saya dah pun beli no.pin dan mohon...minta tolong sangat2...