Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA/ MQA Online

Cara Semak Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf JPA. Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan senarai kelayakan kursus pengajian universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keputusan SPM telah diumumkan dan permohonan melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU Sesi 2016/2017 telah dibuka dari Januari hingga April 2016. Oleh itu kami mengesyorkan pemohon/ pelajar untuk menyemak dahulu samada kursus pengajian dari universiti yang ingin dipohon tersebut samada dari IPTA/ IPTS, universiti luar negara tersebut mendapat pengiktirafan JPA atau tidak.
Ini penting bagi menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti dan menghilangkan gelisah disebabkan Ijazah "tidak laku".
Semakan perlu di buat bagi memastikan kursus pengajian tersebut diiktiraf oleh JPA kerana kerajaan hanya melantik pemohon yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh JPA untuk bekerja atau berkhidmat di sektor awam.

Cara Semak Kelayakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA

Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA Online

Pelajar boleh membuat semakan secara online bagi meastikan samada kursus yang dipohon tersebut diiktiraf oleh JPA di applikasi semakan di bawah ini :-
Sila masukkan negara, institusi, bidang dan kemudian SEMAK PENGIKTIRAFAN.
Semakan keputusan akan memaparkan Senarai Kursus Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam 
Permohonan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan hanya akan diproses bagi kelayakan seperti berikut :-
  1. di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang diperolehi dari IPT dari luar negera termasuk yang melalui pemindahan/ pengecualian kredit;
  2. di peringkat Ijazah Sarjana/PhD yang diperolehi dari IPT dari dalam dan luar negeri; dan
  3. yang diiktiraf secara "case by case basis" oleh Kerajaan.
  4. Borang Permohonan Pengiktirafan klik SINI
  5. Panduan permohonan klik Cara Mengisi Borang 
Selain itu dan secara kelazimannya, program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan diiktiraf oleh JPA. Semua program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) mulai 1 Januari 2011. Akreditasi MQA adalah merupakan salah satu pengiktirafan kepada Institusi Pengajian Tinggi di mana sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Carian Kelayakan MQA : Universiti Awam. IPTS

Semakan boleh di buat di :-
Semoga applikasi Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA Online ini bermanfaat buat pelajar yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi samada di Malaysia dan lain-lain lagi.

0 comment... add one now