CEO Baru MAS Christoph R Mueller

Christoph R Mueller
CEO Baru MAS Christoph R Mueller. Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) seiring rancangan pemulihan 12-perkara untuk membolehkan Penerbangan Malaysia (MAS) kembali untung dalam tempoh tiga tahun selepas dikeluarkan daripada senaraian awam Bursa Malaysia hujung tahun ini.
Selain pelantikan Mueller yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan, Khazanah turut mengumumkan pelantikan barisan lembaga pengarah untuk memacu Rancangan Pemulihan MAS yang kini sedang meraih momentum sebelum NewCo beroperasi pada 1 Julai 2015.
Mueller yang kini adalah CEO Aer Lingus Plc (Aer Lingus), syarikat penerbangan nasional Ireland, akan dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan CEO MAS NewCo berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Mengikut Khazanah, kontrak Mueller sebagai CEO Aer Lingus akan berakhir 1 Mei 2015 dan rundingan sedang berlangsung supaya Mueller dapat menyertai MAS NewCo sebelum 1 Mei 2015 tetapi tidak lebih awal daripada 1 Mac depan.
Dalam pada itu, Khazanah turut mengumumkan CEO Celcom (Malaysia) Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly akan dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS mulai 1 Januari 2015, Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi Pusat Latihan Semula Korporat (CRC) manakala Shahryn Azmi sebagai CEO CRC dan Datuk ' Boonler Somchit sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat CRC.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now