Chong Wei Hilang Ranking Pemain No.1 Dunia Kepada Chen Long

pemain badminton ranking no 1 dunia

Chong Wei Hilang Ranking Pemain No.1 Dunia Kepada Chen Long. Pemain badminton No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei yang kini digantung tidak akan lagi menjadi pemain badminton dunia No. 1 pada Khamis ini, 25 Disember 2014.

Pemain utama China, Chen Long akan mengambil alih tempat teratas berikut kejayaannya menjuarai perseorangan lelaki akhir di Badminton BWF World Superseries Akhir, yang berlangsung di Dubai pada hari Ahad lepas.

Pemain berusia 32 tahun, Chong Wei telah bertakhta di ranking No. 1 sepanjang enam tahun yang lalu. Beliau kehilangan sekali statusnya kepada superstar China Lin Dan selama beberapa minggu pada tahun 2012.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini tidak aktif semenjak Sukan Asia Incheon di Korea Selatan pada bulan September 2014.

Beliau telah digantung oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 11 Nov berikutan kegagalan dalam ujian dadah pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, pada 30 Ogos.

Chong Wei tidak dapat mempertahankan gelarannya di Superseries Akhir ini dan ianya menyebabkan beliau kehilangan banyak mata ranking. Ketiadaan Chong Wei sejak beberapa bulan yang lalu membolehkan juara dunia Chen Long mengumpul mata ranking dengan memenangi Terbuka Denmark dan Superseries Akhir.

Chen Long sebelum Superseries Akhir mempunyai 84.401 mata dan kemenagan mudah 21-16, 21-10 ke atas pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dalam perlawanan akhir Ahad lalu memberikan beliau sejumlah 90.361 kini. Sebaliknya, Chong Wei masih kekal dengan di 84.361 mata.

Kes beliau hanya dijangka didengar oleh BWF pada tahun depan, Chong Wei mungkin perlu beraksi baik setiap kejohanan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Hanya yang mengembirakan Chong Wei adalah tiada kejohanan Badminton Superseries sehingga berlangsungnya All-England di Birmingham pada 3 hingg 8 Mac 2015. Tempoh kelayakan untuk Sukan Olimpik hanya bermula pada bulan Mei 2015 - The Star online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now