Contoh Surat Rayuan Ke MRSM

Rayuan Ke MRSM
Contoh surat rayuan ke MRSM. Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2015 Tingkatan 1 kini dibuka secara online sehingga 10 Disember 2014.  Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan dan memerlukan contoh surat rayuan bolehlah merujuk kepada contoh surat rayuan ke MRSM seperti di bawah ini. Difahamkan, rayuan ke MRSM kini boleh dibuat secara online.

Untuk informasi yang lebih lagi mengenai rayuan secara online boleh rujuk di SINI. Berikut petikan dari soalan lazim rayuan ke MRSM. Contoh surat rayuan ke SBP pula boleh rujuk di SBP Rayuan


S1.       Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimanakah saya dapat tahu tentang keputusan rayuan saya?
J1.        Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan, ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA. Calon diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga akhir April pada tahun tersebut, adalah tidak berjaya. Pemohon juga boleh berhubung dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.
S2.       Bagaimanakah cara saya membuat surat rayuan yang terbaik dan adakah perlu saya mendapatkan surat sokongan daripada pihak tertentu?
J2.       Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang resmi. Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing. Walaubagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA. Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.
S3.       Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya buat rayuan dan adakah rayuan anak saya akan mendapat pertimbangan?
J3.       Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon.

Contoh Surat Rayuan Ke MRSM
Ahamad Ramlee b Mohammed Kassim
G-15 Blok E, Taman Dagang
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan


Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur                                                                                                                                                                                28 JANUARI 2011

Tuan/Puan,

Perkara : Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2011

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2011.

2.            Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2010 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), sukan badminton serta kelab Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) pada peringkat sekolah.

3.            Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya ini menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada adik-adiknya bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.

4.            Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif  dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang terutamanya dalam aspek persekitaran pembelajaran yang mana kami mendiami rumah flat yang agak kecil.

5.            Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :
                               
                Nama Pemohon : Ahmad Danial Bin Ahamad Ramlee
                Sekolah                 : Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor
                No.Sijil Lahir         : L210197
                No. K/P                                : 980413-10-5991
                Angka Giliran       : BD0011003
                MRSM dipilih       : MRSM Pasir Salak, Perak

6.            Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………………………………………
(AHAMAD RAMLEE b MOHAMMED KASSIM)


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now