Dream Team Pilihan Zinedine Zidane

Dream Team Pilihan Zinedine Zidane. Legenda Real Madrid dan Perancis, Zinedine Zidane telah menamakan hanya satu bintang Liga Perdana Inggeris di pilihan kesebelasan XI Dream Team beliau iaitu pemain tengah Manchester City, Yaya Toure.

Dream team pilihan Zidane dipenuhi dengan pemain dari bekas pasukannya iaitu Real Madrid dan pesaingnya, Barcelona.


Dream Team Pilihan Zinedine Zidane

Zidane telah menamakan ketua pasukan Real Madrid Iker Casillas di posisi penjaga gol dan bukannya calon 2014 Ballon d'Or, Manuel Neuer dan Thibaut Courtois.

Tiga bintang Real Madrid mengisi posisi pertahanan dengan pemain Barcelona, Dani Alves menyertai Marcelo, Sergio Ramos dan Pepe.

Luka Modric dan Yaya Toure berada di posisi tengah manakala Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Zlatan Ibrahimovic dipilih untuk bermain di belakang rakan senegara Zidane, Karim Benzema.

Zidane telah memutuskan untuk tidak memilih pemain paling mahal terkini iaitu Gareth Bale dan pemain superstar James Rodriguez.


Pemain berusia 42 tahun yang merupakan jurulatih Real Madrid B juga tidak menamakan seorang pemain dari skuad Piala Dunia 2014 Jerman yang memenangi Piala Dunia 2014 - Daily Mail UK

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now