Fadhli Shas Mohon Maaf Atas Gol Penalti Thailand

Fadhli Shas JDT
Fadhli Shas Mohon Maaf Atas Gol Penalti Thailand. Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya dan JDT, Mohamad Fadhli Mohd Shas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada Thailand dalam aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Bangkok malam tadi.

Beliau menjatuhkan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn di dalam kawasan penalti pada minit ke-71 yang menyebabkan pengadil Kavalenko Valentin menghadiahkan sepakan penalti kepada Thailand yang disempurnakan Charyl Yannic Chappuis. 

"Saya ingin minta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana mungkin kesilapan saya telah menyebabkan skuad Malaysia kalah 0-2," katanya kepada pemberita sejurus skuad Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 2.17 petang yang dipetik dari Bernama.

Beliau berkata tindakannya ke atas pemain Thailand itu adalah tidak disengajakan dan terjadi secara spontan ketika beliau cuba sedaya upaya mempertahankan benteng Harimau Malaya.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now