Gambar Banjir Di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu

Gambar Banjir Di Kelantan

Gambar Banjir Di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. Negeri Kelantan hampir lumpuh apabila air dari Sungai Kelantan melimpah masuk ke bandar Kota Bharu sejak petang semalam. Air semakin laju menerjah masuk bandar ini dan kesemua kawasan di tebing Sungai Kelantan tenggelam.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan siren amaran malam ini dan arahan berpindah kepada semua penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Kawasan terlibat ialah Kampung Kota, Kampung Sireh, Jalan Che Su, Jalan Post Office Lama, Jalan Tok Hakim, Bunut Payung dan Tambatan Diraja.

Dalam perkembangan sama, kawasan Stadium Sultan Muhammad Ke IV juga mula dinaiki air. Pada 2004, Kota Bharu dilanda banjir besar sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar ini serta mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.
Gambar Banjir Di Kota Bharu
Gambar Banjir Di Kota Bharu

Gambar Banjir Di Kota Bharu

Negeri ini juga hanya boleh dihubungi melalui udara dan satu laluan darat iaitu dari Terengganu melalui Pasir Puteh selepas 24 laluan utama ditutup kepada semua lalu lintas.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now