Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang Disember 2014. Keadaan banjir di daerah Temerloh, Pahang kini membimbangkan apabila paras air Sungai Pahang semakin meningkat sehingga melimpah ke kawasan jalan raya dan kampung berhampiran sungai berkenaan hari ini.

Kebanyakan kampung-kampung yang terletak berhampiran Sungai Pahang telah dinaiki air sejak awal pagi menyebabkan kebanyakan penduduk terpaksa dipindahkan.

Laluan jalan raya berhampiran Sungai Pahang juga ditenggelami air sehingga menyaksikan perhubungan darat antara Temerloh dan Bera terputus selain laluan ke Jerantut turut terputus.
Malah, kawasan Stadium Mini Temerloh yang terletak berhampiran Sungai Pahang juga telah dipenuhi air akibat limpahan sungai berkenaan yang semakin meningkat.
Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Selain itu kawasan-kawasan rendah di sekitar bandar Temerloh juga dilihat ditenggelami air termasuklah Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang dan Sekolah Rendah Agama At-Taqwa di sini.

Pada masa ini Sungai Pahang merekodkan paras 33.84 meter melepasi paras bahaya 33.22 meter.
"Pada masa ini seramai 2,737 mangsa melibatkan 580 keluarga daripada 50 buah kampung telah dipindahkan ke 44 buah pusat pemindahan sementara yang dibuka di seluruh daerah.

Sementara itu Bilangan mangsa banjir di lapan daerah di Pahang terus meningkat kepada 49,369 membabitkan 12,047 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi.
Sebanyak 339 kampung terjejas akibat banjir dan mangsa kini berlindung di 262 pusat pemindahan.
Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Daerah Temerloh merekodkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 19,875 orang daripada 4,831 keluarga di 62 pusat pemindahan.
Ini diikuti daerah Pekan dengan 9,387 orang daripada 2,245 keluarga di 40 pusat pemindahan, Jerantut (6,025 orang;1,440 keluarga)di 59 pusat pemindahan.
Daerah Maran pula mencatatkan 4,351 mangsa daripada 1,135 keluarga di 32 pusat pemindahan, Kuantan 3,880 mangsa daripada 1,030 keluarga di
17 pusat pemindahan, Bera 2,755 orang 614 keluarga di 19 pusat pemindahan.
Daerah Lipis 2,930 mangsa daripada 712 keluarga di 27 pusat pemindahan dan Rompin pula 166 mangsa 40 keluarga di enam pusat pemindahan.
Sementara itu, laluan di Kilometer 126 dan Kilometer 124 berhampiran susur keluar tol plaza Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan walaupun paras air ada menunjukkan sedikit penurunan sejak jam 7 pagi tadi - lapor Utusan online & BH Online.
Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang

Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang
Gambar Banjir Teruk Di Temerloh Pahang
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

2 comments.. read them below or add one

prog muten prog muten 22 Jun, 2015
Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh
haslizam haslizam 04 November, 2015
Kenangan banjir temerloh 2014 yang tak dapat lupakan.. sepanjang hidup itulah bajir terbesar pernah hadapi.