Gambar Fenomena Air Pasang Besar Di Terengganu Disember 2014

Air Pasang Besar Di Terengganu Disember 2014
Gambar Fenomena Air Pasang Besar Di Terengganu Disember 2014. Fenomena air pasang besar di Terengganu telah menenggalamkan beberapa kawasan rendah sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Kemuncak fenomena ini dijangka berlaku malam ini dan malam esok, dengan ketinggian air sehingga mencecah 3.19 meter.

Antara kawasan yang terjejas dengan air pasang besar ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.

Fenomena air pasang besar berlaku berikutan peningkatan paras air laut dan ia memburukkan lagi keadaan banjir di Terengganu yang ketika ini dalam musim tengkujuh. Fenomena yang disifatkan peningkatan paras air yang tertinggi tahun 2014 ini dijangka berakhir secara perlahan bermula Sabtu ini.

Oleh itu diingatkan penduduk terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai dan laut supaya sentiasa berjaga-jaga dan berpindah mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya perlu.

Berikut dikongsikan gambar-gambar sekitar fenomena air pasang besar di Terengganu :-

Air Pasang Besar Di Terengganu

Air Pasang Besar Di Terengganu

Air Pasang Besar Di Terengganu

Air Pasang Besar Di Terengganu

Air Pasang Besar Di Terengganu

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now