Gambar Helikopter PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan 31-12-2014

Gambar Helikopter PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan ketika misi bantuan banjir. Sebuah helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi.
Gambar Helikopter PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata empat pegawai polis, termasuk seorang pegawai wanita yang berada dalam helikopter itu cedera.
"Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
Dipetik dari FB Rasmi PDRM, Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai,Tanah Merah telah mengalami kemalangan di kawasan perumahan Kursial,Tanah Merah Kelantan lewat pukul 6 petang tadi.
Gambar Helikopter PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan 31-12-2014
Gambar Helikopter PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan 31-12-2014. Foto BERNAMA
Kini, empat mangsa yang cerdera terdiri daripada juruterbang dan kru sedang dirawat di Hospital Tanah Merah serta berada dalam keadaan selamat.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now