Gambar Keadaan Di Manek Urai Kelantan Selepas Banjir Surut

Manek Urai 1

Gambar Keadaan Di Manek Urai Kelantan Selepas Banjir Surut. Berikut sebahagian gambar sedih dan menyayat hati di Manek Urai, Kelantan selepas banjir di sana telah surut. Banyak harta benda yang musnah dan banyak juga kereta bergelimpangan di sana sini. Diharap mereka yang terlibat ini tabah menghadapi dugaan Allah Yang Maha Esa.

Sungguh teruk kemusnahan yang ditinggalkan banjir yang berarus deras ini, ibarat tsunami. Kerugian harta benda kelihatan begitu besar khususnya di waktu keadaan ekonomi negara dan individu di seluruh negara juga dalam keadaan berjaga-jaga. Musibah ini sessungguhnya membuka ruang kepada yang mampu untuk menderma dan bersedeqah. Sedih dan terharu juga membaca kisah-kisah mereka yang hampir kebuluran di beberapa tempat. Moga Allah swt menggantikan yang terbaik buat yang terlibat.

Bagi rakyat Malaysia yang sudi memberikan bantuan wang atau barangan, boleh layari di Tabung Bantuan. 

INFORMASI TERKINI BANJIR DI MALAYSIA KLIK SINI

Gambar kredit FB Informasi Bencana
Manek Urai2

Manek Urai3

Manek Urai4

Manek Urai5

Manek Urai6

Manek Urai7

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


{ 8 comments.. read them below or add one }

Tanpa Nama Tanpa Nama 29 Disember, 2014
ALLAHHUAKBAR ..!!!!!!!!!!!!!!!!!!......subhanallah, kepada semua ambillah iktibar,ini adalah peringatan kepada kita semua,apa yg terjadi adalah ujian dariNya,terimalah dengan penuh keredhaan, kepada yg tidak diuji,mohon bantulah dengan apa cara sekalipun. KEPADA PEMIMPIN NEGARA PANDANGLAH PERKARA INI SEBAGAI SATU MUSIBAH YG PERLU DITANGGANI DENGAN SEWAJARNYA DAN DISEGERAKAN, KETEPIKAN SOAL POLITIK, UTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT YG RATA2 ADALAH GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH. DALAM BAJET 2015 PERUNTUKAN BAGI PEMBANGUNAN BERBILION RM SEBAHAGIAN BOLEH DISALURKAN UNTUK MEMULIHKAN DAN MEMBANGUN SEMULA KAWASAN2 YG TERLIBAT BANJIR. KERAJAAN HARUS MEMANDANG BERAT MASALAH RAKYAT YG KEHILANGAN RUMAH DAN HARTABENDA.KASIHANILAH KEPADA MEREKA. MOHON DATUK SERI UTAMAKAN MAGSA BANJIR DISELURUH NEGARA, BERTEPATAN DENGAN SLOGAN KERAJAAN IAITU "RAKYAT DIDAHULUKAN".SEGALA USHA DATUK DIDAHULUI DENGAN JUTAAN TERIMAKASIH.
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 Disember, 2014
Hamba Allah yang lemah,Dec 29 11;40 AM
Astaghfirullah! Semoga Allah memberi kesabaran kepada saudara2 kita.Sama2lah kita menginsafi diri.Banyakkan berdoa semoga Allah memelihara kita semua dari sebarang musibah pada masa akan datang & semoga Allah memberi saudara2 kita kurniaNya yang hanya Dia Yang Mengetahui.Amin.
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 Disember, 2014
Sy salah seorang yg terperangkap di masjid manek urai baru.. amat menyedihkan melihat anak2 yg kelaparan dan tiada bekalan air bersih.. bantuan hanya tiba pada hari ke 3 petang.. 2 beg beras dan 3 kotak air mineral.. mangsa yg bertuduh di situ seramai 900 ++.. di manakah cerita2 gah yg kita dgr tentang rescue team kita??
Tanpa Nama Tanpa Nama 30 Disember, 2014
Ya ALLAH, sedihya. Berdoalah Dan bantulah sebanyak yang boleh. Semua tidak bersedia sebegini jadinya. Pemimpin negeri semua lebih utamakan pelaksanaan hukum ALLAH , tetapi lupa keperluan rakyat. Harap pulihkan kehidupan rakyat dahulu , itulah amanah pemimpin.
Tanpa Nama Tanpa Nama 31 Disember, 2014
Setiap yang berlaku ada pengajarannya. Jadi lihatlah semuanya itu sebagai ilmu pengajaran untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Yang lebih penting ialah tindakan kita seterusnya untuk membaiki keadaan dan kehidupan yang mendatang dengan lebih patuh kepada panduan dan ilmu ad din.Moga tabah dan reda dengan ujian. Jangan menyalahkan takdir Allah.Insya Allah lita akan menerima kehidupan yang lebih baik.Wau AllahuAklam...
My Benting Lintang Besut Channel My Benting Lintang Besut Channel 31 Disember, 2014
Video Video Kesan Kerosakan Akibat Banjir Besar Di Kelantan 2014 Di You Tube ‪#‎prayforkelantan‬ ‪#‎banjirbesardikelantan‬ ‪#‎banjirbesar2014‬‪#‎kelantan‬ sedih tengok kadaan di kelantan
1 - https://www.youtube.com/watch?v=gIULHo3LuE4
2 - https://www.youtube.com/watch?v=Uao8CZdV54Q
3- https://www.youtube.com/watch?v=RTFKw8uYMJE
4- https://www.youtube.com/watch?v=OQ_kZOPqkoo
5- https://www.youtube.com/watch?v=5m0c4zwhq_o
6- https://www.youtube.com/watch?v=kySAOFitN5w
7- https://www.youtube.com/watch?v=SWXqzTNtk8g
8- https://www.youtube.com/watch?v=jrkJlWJjPQc
9- https://www.youtube.com/watch?v=Zzre5P1D31Q
10 -https://www.youtube.com/watch?v=BzEhxsyLkN8
azniel basri azniel basri 03 Januari, 2015
. AllahKu MahaBaik juga MahaMengaturCara ...syukurlah nikmat
Tanpa Nama Tanpa Nama 06 Januari, 2015
sebagai pengajaran jangan lah berdoa untuk kecelakaan orang lain kerana musibah yang di turunkan allah akan menimpa kepada seluruh umat