Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah Ragut 12 Nyawa

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah Indonesia Ragut 12 Nyawa 12 Disember 2014. Sekurang-kurangnya dua belas orang disahkan maut manakala lebih 100 orang lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda Jawa Tengah berdekatan Kampung Jemblung, Jumaat malam, 12 Disember 2014.

Laporan BBC Asia menyebut, tragedi itu menyebabkan kediaman penduduk di daerah pergunungan Banjarnegara itu ditimbus banjir lumpur.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho, berkata kira-kira 105 rumah terbabit dalam kejadian itu.

Sebaik pasukan keselamatan tiba, katanya, seramai 38  penduduk di beberapa perkampungan dikejarkan ke hospital dengan empat daripadanya dalam keadaan kritikal.

Anggota penyelamat termasuk tentera, polis dan penduduk kampung digerakkan untuk operasi mencari lebih 100 penduduk yang masih hilang itu. Beratus-ratus penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat tetapi kekurangan peralatan berat menghalang usaha-usaha, dengan banyak terpaksa menggali dengan tangan mereka.

Susulan kejadian itu, beratus-ratus lagi penduduk  dipindahkan dari kawasan bencana itu dan setakat ini,  379 penduduk kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Berikut antara gambar kejadian tanah runtuh di Jawa Tengah berdekatan Kg Jemblung 12 Disember 2014

* Jumlah kematian terkini adalah seramai 17 orang setakat 1000 malam 13 Disember 2014
* Jumlah kematian terkini adalah seramai 32 orang dan 76 masih hilang. Info setakat Ahad 14 Disember 2014
Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Tengah


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now