Gambar Kemalangan 3 Maut Di Lebuhraya PLUS Berhampiran Plaza Tol Seremban

Gambar Kemalangan 3 Maut Di Lebuhraya PLUS Berhampiran Plaza Tol Seremban. Tiga orang maut dan 10 cedera, termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan dua buah lori di Kilometer 264 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, jam 3 petang tadi, 8 Disember 2014.
Tiga orang yang meninggal di tempat kejadian ialah seorang wanita iaitu penumpang bas, dan dua lelaki iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu lori panjang.
Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori panjang tanpa muatan dari arah utara dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah bas ekspres dan sebuah lori yang digunakan untuk projek pembesaran lebuh raya itu.
3 Maut Di Lebuhraya PLUS Berhampiran Plaza Tol Seremban

Gambar kredit BH online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now