Gambar Kemalangan Pelakon Syarul Ridzwan 11 Disember 2014

Pelakon baru yang hensem dan sedang meningkat naik, Syarul Ridzwan, 25 tahun mengalami kemalangan petang ini. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Negeri Sembilan selepas penggambaran drama Street Vendetta. Kemalangan terjadi di Jalan Sungai Ujong kira-kira pukul 5 petang.
Pelakon Syarul Ridzwan
Kereta jenis Honda City yang dinaiki beliau rosak teruk dalam kemalangan ini.
"Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke atas"
"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar," 
 Gambar Kemalangan Pelakon Syarul Ridzwan 11 Disember 2014
Pelakon Syarul Ridzwan

Syarul Ridzwan merupakan pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja dan popular menerusi drama Romi Cinta Julia.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now