Gambar Lantai KDN Jalan Duta Retak 23 Disember 2014

Gambar Lantai KDN Jalan Duta Retak 23 Disember 2014. Lantai di pintu hadapan Kompeks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Tuanku Abdul Halim (dahulunya Jalan Duta) Kuala Lumpur, merekah kira-kira jam 2.30 petang ini. Kira-kira lebih 100 orang awam dan petugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur cemas apabila lantai bangunan itu tiba-tiba retak di ruang lobi berdekatan pintu masuk bangunan kementerian tersebut.

Bunyi rekahan lantai mengejutkan petugas dan orang awam yang sedang berurusan di beberapa kaunter.
Lantai KDN Jalan Duta Retak

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati, rekahan seluas 30 kaki persegi itu berpunca dari kepanasan berikutan cuaca yang tidak menentu.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut.

Difahamkan, bangunan terbabit dijamin pihak kontraktor selama lima tahun dan baru diduduki empat tahun.

Pihak kontraktor sedang membaiki semula kerosakkan terbabit dan orang awam tidak perlu risau kerana ianya bukan rekahan yang merbahaya  -Astro Awani & myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now