Gambar Pasangan Remaja Kahwin Muda Jadi Viral

Gambar Muaz dan Izzati
gambar kahwin muaz dan izzati
Gambar Pasangan Remaja Kahwin Muda Jadi Viral. Gambar perkahwinan Muhd Muaz, 15 dan pasangannya Nur Izzati Amiera Ishak, 17, yang berasal dari Kluang, Johor menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini.

Muhd Muaz dan Nur Izzati dinikahkan pada 30 November lalu dan dilaporkan perkahwinan mereka mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Muhd Muaz menyaksikan pasangan tersebut dinikah dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 oleh jurunikah.

Gambar majlis akad nikah itu turut dimuat naik oleh Nur Izzati yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.

“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” 
gambar kahwin muaz dan izzati

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now