Gambar Putera George Anak Kepada Pewaris Takhta DiRaja England

Inilah dia gambar Putera George anak kepada pewaris takhta DiRaja England iaitu, Putera William dan Kate Middleton. Istana Britain pada Sabtu mengedarkan tiga gambar Putera George sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Putera George kini berusia 17 bulan dan lahir pada 22 Julai 2013 adalah satu-satunya anak lelaki kepada Putera William. Gambar yang diedarkan adalah diambil di sebuah taman Istana Kensington dimana keluarga itu mempunyai sebuah pangsapuri.
Putera William

George kelihatan segak memakai pakaian “jumper” dengan sulaman imej anggota tentera yang sedang mengawal Istana Buckingham milik nendanya Queen Elizabeth II.

Pasangan diraja England ini sememangnya amat menjaga privasi putera sulung mereka dan memohon pihak media membenarkan George untuk membesar tanpa sebarang gangguan.

Meskipun gambar George sering diambil sewaktu di majlis-majlis rasmi, peguam pihak Istana telah menghantar surat amaran kepada seorang jurugambar kerana merakamkan gambar kanak-kanak itu dengan pengasuhnya di sebuah taman di London Oktober 2014 lalu.

Putera George bakal mendapat adik perempuan tahun depan setelah ibunya, Kate mengandung dan dijangka bersalin pada April 2015 nanti.

Gambar Putera George Anak Kepada Pewaris Takhta DiRaja England
Putera Georga

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

kucha lana kucha lana 14 Disember, 2014
anak raja la katakan kecik-kecik dah jadi buruan paparazzi