Gambar Puting Beliung Di Sabak Bernam Selangor 21 Disember 2014

Gambar Puting Beliung Di Sabak Bernam
Gambar Puting Beliung Di Sabak Bernam Selangor 21-12-2014. Fenomena puting beliung melanda beberapa kawasan pertanian di daerah Sabak Bernam petang ini jam 540 petang. Antara kawasan yang terlibat adalah kawasan sawah di tujuh kampung di daerah Sabak Bernam iaitu Kampung Parit Lapan Gambut, Kampung Parit Satu Barat, Kampung Parit Dua SHD, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit Empat SHD, Kampung Parit Enam dan Kampung Sungai Nipah Baroh.
Tiada sebarang maklumat mengenai kerosakan rumah dan harta benda serta kecederaan dialami penduduk kampung ekoran kejadian itu menurut Komander Operasi Kanan Bomba Selangor Mohd Hissam Sidik. Setakat ini kejadian dipercayai hanya berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.
Sebelum ini dilaporkan beberapa kejadian puting beliung berlaku di Kedah, Manjoi Perak dan juga Pandamaran Klang Selangor.
Gambar Puting Beliung Di Sabak Bernam
*Gambar kredit BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

kucha lana kucha lana 22 Disember, 2014
dah macam tengok gambar dari luar negara nie..jauhkanlah negara daripada bencana