Gambar Selfie Menarik Di Puncak Burj Khalifa Dubai

Gambar selfie menarik di Puncak Burj Khalifa Dubai. Inilah dia kecanggihan teknologi walaupun tidak pernah berselfie seorang jurugambar warga Britain, Gerald Donovan memilih lokasi menakjubkan untuk merakam selfie pertamanya-Burj Khalifah di Dubai-bangunan ter­tinggi di dunia untuk menyiapkan projek 360 Dubai.
Puncak Burj Khalifa Dubai
Ia peluang terbaik untuk dilepaskan oleh Donovan yang berasal dari Cheltenham dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu sejak tujuh tahun lalu, menggunakan kamera panoramik khas yang dikawal oleh aplikasi iPhone untuk merakam gambarnya di ketinggian 830 meter.

Dubai360.com yang akan dilancarkan pada Januari 2015 akan membolehkan pengguna 'melancong' ke seluruh Dubai dengan hanya menyentuh butang dan ia termasuk pemanda­ngan panoramik 36 jam dari puncak Burj Khalifa.

"Penonton boleh berinteraksi menerusi video, menentukan sendiri arah mana mereka hendak melihat, termasuk mengezum dekat dan jauh bagi meneliti sesuatu de­ngan lebih terperinci.
"Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan Dubai kepada seluruh dunia dan membenarkan mereka meneroka bandar itu walau di mana mereka berada.
"Dengan menontonnya menerusi Internet, orang ramai dapat merasakan seolah-olah mereka mengelilingi Dubai," secara lebih dekat," 
 Gambar Selfie Menarik Di Puncak Burj Khalifa Dubai
Puncak Burj Khalifa Dubai
Puncak Burj Khalifa Dubai

kredit BH online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

Alongxp Alongxp 09 Disember, 2014
itu kalau jatuh, tak ke sia-sia namenye?