Gambar Sultan Johor Lawat Mangsa Banjir Di Kluang 27-12-2014

Sultan Johor yang berjiwa rakyat, Sultan Ibrahim Sulran Iskandar meluangkan masa menziarahi 241 mangsa banjir daripada 55 keluarga di Sekolah Kebangsaan Sri Kencana Simpang Renggam, Kluang, kira-kira 2 petang ini, SABTU 27 Disember 2014.

Baginda sebelum itu juga sempat menzirahi pusat penempatan mangsa banjir di SK Kota Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana Air Hitam selain Dewan Orang Ramai Mengkibol.
Gambar Sultan Johor Lawat Mangsa Banjir Di Kluang 27-12-2014

Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Abdul Taib Abu Bakar turut mengiringi baginda.
Sultan Ibrahim berpesan kepada orang ramai supaya tidak bermain air disebabkan arus sungai yang deras ketika musim hujan ini.

Malah baginda juga sempat meluangkan masa bermesra dengan kanak-kanak di pusat pemindahan terbabit.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan, air di empangan Machap dilepaskan sedikit demi sedikit supaya tidak mencapai paras bahaya. Paras empangan Machap kini berada pada 5.7 meter berbanding paras bahaya 7 meter.



KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 27 Disember, 2014
Inilah Sultan berjiwa rakyat...:)