Gambar Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak

Gambar Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak

Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak. Jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan negeri Selangor, dekat Slim River ditutup kepada kenderaan berat ekoran kejadian tanah runtuh di Batu 4, Kuala Slim malam Isnin lapor mStar online.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 8.23 malam tadi dan setakat ini keadaan di kawasan kejadian tidak berubah.

"Pemantauan pagi ini mendapati pergerakan tanah tidak lagi berlaku namun situasi itu masih bahaya, bahagian tepi laluan masih ada keretakan tanah dan ia boleh merebak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Beliau berkata pihaknya juga mendapati ada paip air pecah di bahagian bawah tepi laluan itu kerana air masih keluar.

Kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar lapan meter dan tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter, katanya.

Pemantauan di kawasan kejadian masih dilakukan oleh pihaknya, anggota Jabatan Sukarelawan, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya (JKR), katanya.

Md Zain berkata laluan itu akan dibuka selepas JKR mengambil tindakan membaikinya dan memastikan ia selamat untuk digunakan kepada semua kenderaan. Gambar sumber FB Bomba Malaysia

Gambar kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Slim, Slim River, Perak
Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak

Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak

Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak

Tanah Runtuh Di Jalan Kuala Slim Perak

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 02 Disember, 2014
allahu, seriau bila tengok gambar ni