Gary Steven Robbat Milik Pasukan Mana?

Gary Steven Robbat milik pasukan mana? Kontroversi Gary Steven Robbat yang menandatangani tiga kontrak dengan pasukan berasingan untuk musim Liga Malaysia 2015 akan datang nampaknya mengingatkan kita dengan situasi sama yang dialami oleh Amirulhadi Zainal ketika bersama Pahang. Jawatankuasa FAM akhirnya memutuskan yang kontrak Amirulhadi dengan Pahang tidak sah dan beliau layak menyertai JDT.
kontroversi kontrak Gary Steven Robbat
Keadaan sama berlaku cuma kali ini Gary Robbat menjadi rebutan tiga pasukan iaitu JDT, Pahang dan Kedah. Pihak JDT telah menyerahkan kes ini kepada Jawatankuasa status pemain FAM seperti kenyataan PBNJ di bawah ini. Nantikan pasukan manakah yang beruntung mendapatkan bekas pemain Harimau Muda A ini.

Turut mengalami dilema adalah pemain kelahiran Johor, Mohd Faizol Hussain yang menyatakan persetujuan mewakili Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) pada saingan Liga Perdana namun tidak dilepaskan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

STATUS GARY STEVEN ROBBAT 

'' KITA MENGHADAPI SITUASI DIMANA SEORANG PEMAIN TELAH MENANDATANGANI CONTRACT BERSAMA 2 PASUKAN BERBEZA DALAM MASA YANG SAMA, DALAM KEADAAN SEPERTI INI, JAWATANKUASA STATUS PEMAIN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA AKAN MENYIASAT DAN MENGHUBUNGI PERSATUAN YANG TERLIBAT SERTA PEMAIN BERKENAAN UNTUK MENENTUKAN PASUKAN YANG AKAN DIWAKILINYA.

KAMI AKAN MENGHORMATI SEPENUHNYA SEBARANG KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH JK STATUS PEMAIN, BUAT MASA INI KITA SEMUA HARUS MENYOKONG DAN MENDOAKAN SEMOGA BELIAU DAN PASUKAN HARIMAU MALAYA SUKSES DAN BEROLEH KEJAYAAN ''.

MOHD FAHMY BIN YAHYA
SETIAUSAHA KEHORMAT PBNJ


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Cuteummi Cuteummi 09 Disember, 2014
Orang bola pon dah jadi macam bola, dierebut-rebut