Harga Minyak Petrol Dan Diesel Turun Lagi 1 Januari 2015

Nampaknya pengguna akan mendapat berita baik awal bulan depan apabila kerajaan telah memberi jaminan yang harga petrol RON95, RON97 termasuk diesel akan diturunkan lagi pada 1 Janua­ri 2015 depan.

Walau bagaimanapun Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah penurunan akan hanya dibuat sekiranya trend penurunan harga minyak mengikut pasaran dunia terus berlaku dalam tempoh sepanjang bulan Disember ini.
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Turun“Mengikut trend 10 hari dalam bulan Disember ini, harga ketiga-tiga bahan bakar ini terus menurun.
“Namun kita akan buat pengiraan mengikut purata keseluruhan berapa banyak jumlah yang akan diturunkan, tetapi kita pasti ia akan menggembirakan rakyat,” 
Pada 1 Disember lalu seperti dilaporkan di SINI, harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter. Walau bagaimanapun harga diesel naik 3 sen menjadi RM2.23 seliter.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now