Hikmah Disebalik Kejadian Banjir Di Kelantan Dari Pandangan Seorang Ustaz

banjir buruk di kelantan 2014

Hikmah disebalik kejadian banjir di Kelantan dari pandangan Ustaz Rosli Abdul Jabar. Berikut adalah petikan jawapan yang dipetik dari FB Ustaz Rosli Abdul Jabar.
Seorang guru cal saya, bertanya tentang hikmahnya disebalik kejadian banjir yang berlaku di Kelantan pada Disember 2014, sebab dia berada disana, bertugas membantu mangsa banjir .. "Ustaz tolonglah bagi point sikit, sambil tolong, nak bagi motivasi sikit kat mangsa banjir ni" katanya.
Saya katakan padahnya "susah juga nak melihat hikmah ni sebenarnya, apatah lagi dari matahati insan yang tak berilmu dan berdosa seperti saya, namun bagi saya banjir atau apa jua bencana berbentuk musibah ini adalah merupakan ujian dari Allah swt, ia adalah saringan untuk menguji siapa dikalangan hambanya yang sabar dan redha dengan ketentuan Allah dan siapa pula golongan yang menyesal dengan ketentuanNya".
"Ia juga sebagai jalan untuk kita menjadi hamba yang semakin hampir kepada Allah swt dan menjadikan kita semakin kuat mengenggam tali pergantungan kita dengan Allah swt, semakin kuat keimanan seseorang hamba,maka semakin besarlah ujianNya, bila semakin besar ujianNya, semakin bertambah pula pergantungan dengan Allah swt dan semakin banyak pula ingatan kepadaNya"
"Dah menjadi lumrah, manusia ini apabila mereka melihat tiada lagi manusia boleh membantu mereka, maka mereka mula akan kembali kepada Allah swt, yang tak pernah ingat pada Allah, akan ingat kembali, yang tak pernah sebut nama Allah, akan menyebutNya, yang tak pernah yakin dengan kekuasaanNya, mula menyerah diri dengan takdirNya, yang tak pernah berdoa, mula menadah tangan memohon kepada Allah swt"
"Selama ini ada yang tak pernah fikir fasal mati, namun bila hampir sahaja nyawa dikerongkongan, pasti dalam situasi ini mereka sedar bahawa bila-bila sahaja mereka akan maki, jika dikehendaki Allah swt, ada yang tak pernah fikir nak infaq kepada orang miskin dan tak pernah fikir tentang perut orang lain, pastinya mereka kini dapat merasai penderitaan orang lain".
"Banjir menyebabkan kita kehilangan dan kemusnahan harta benda, tapi kalau tidak banjir sekalipun, kita pasti akan kehilangannya juga, tiada orang mati yang membawa segala hartanya, harta akan hilang samaada dia meninggalkan kita atau kita meninggalkan dia atau juga dihancur leburkan oleh Allah swt pada hari qiamat, ini menjadi peringatan bahawa dunia yang kita dok cari dan rakus ni hanyalah sementara dan ianya adalah hak Allah swt, bukan milik kita".
"Hikmah itu adalah nikmat, meskipun ianya keluar dari celahan penderitaan dan tiadalah sebesar-sebesar nikmat kecuali Iman dan Islam, banjir cuma menghanyutkan, memusnahkan dan menenggelamkan harta kita, tetapi ianya akan menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah swt yang akan menjadi pelampungan untuk menyelamatkan kita dari tenggelam ke dasar kekufuran"
"Saya manusia lemah, saya tak nak musibah berlaku atas diri saya, walaupun ianya beberapa kali berlaku, tetapi setiap kali ianya berlaku, saya menjadi orang yang ingat dan sentiasa memohon berharap kepada Allah, namun bila saya diuji dengan sedikit kesenangan, ingatan kepada Allah menjadi sedikit, gembira ketawa dan tiada setitik pun air mata mengalir kerana Allah swt, makan pun yang lazat2 sampai lupa kat orang-orang yang sedang menderita kelaparan di Somalia, Syria, Palastin dan lain, ingatan kepada Allah dan kasih sayang sesama manusia semakin menjarak, dijarakkan dengan harta benda"
"Namun jika hanya ada dua pilihan samaada memilih banjiran air yang memusnahkan harta benda dan kehilangan nyawa atau memilih banjiran harta yang menyebabkan berlakunya kerosakkan iman hingga tenggelam kedasar kekufuran dan kerosakan akhlak, biarlah Allah swt berikan kesusahan di dunia, jika ianya menjadi penyebab untuk saya mengingatiNya, biarlah pahit jika ianya menjadi ubat".
"Itu je lah sikit ye cikgu, cikgu gi lah jumpa ngan para Ulama, saya jahil dengan ilmu hikmah ni" kata saya, "tak po doh tu Ustaz, molek molek molek" katanya..

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now