Inter Johor Firms IJF Punca Pergaduhan Malaysia Vs Vietnam Dibubarkan

Inter Johor Firms IJF Punca Pergaduhan Malaysia Vs Vietnam DibubarkanKemuncak kepada keganasan yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam, hari ini PBNJ atas titah TMJ mengharamkan Inter Johor Firms (IJF) dari memasuki stadium di negeri Johor dan rentetan itu, IJF mengumumkan bahawa pergerakan mereka dibubarkan serta merta. 
Inter Johor Firms IJF
TMJ telah mengeluarkan statement bahawa orang orang IJF yang terlibat dalam pergaduhan tersebut akan diharamkan untuk memasuki Stadium Larkin atau mana mana stadium yang melibatkan dengan team Johor.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil keputusan ini bukan disebabkan kejadian yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam, tetapi kerana Presiden PBNJ, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana organisasi yang mengamalkan ideologi 'hooligans'.

Berikut adalah keputusan pembubaran IJF yang dipetik dari FB Inter Johor Firms (IJF):-

akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor,kami Inter Johor Firms akan di bubarkan mulai saat ini.
rentetan dengan isu di SSA semalam,semua pihak menuding jari ke arah kami.kononnya kami punca semuanya.bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya,berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA semalam?adakah semuanya datang dari IJF?fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia.bukan sahaja kami malahan BOS,UM,serta fan biasa pun memakai topeng.isu memukul fan Vietnam,adakah betul IJF yang buat?mengenai akaun fb Danial yang dah jadi viral 1 Malaysia,adakah benar dia budak IJF?sekarang ni ramai yang mengaku IJF.logo dan gambar sesuka hati di rompak dan letak dalam fb sesuka hati.isu bas SSU kena pecah,adakah benar IJF yang buat?bas SSU parking di area track Go Kart,kami parking di dalam Giant.sangat jauh untuk ke sana semata2 nak provoke dan baling batu.maaf,mentaliti kami bukan sama seperti fan Pahang dan Perak di mana kedua dua fans negeri ini amat gemar mengunakan batu untuk berlawan.

mengenai kebencian anda terhadap IJF.kami tidak menghalang perasaan itu membuak buak dia dada anda.kami akur dengan kebencian anda.kebencian ini bukanlah lahir dari fans negeri lain,malahan fans negeri Johor sendiri pun benci kami.nak buat macamana,dah orang tak suka.sedangkan segelintir Ultras Johor pun tak suka kami.suka cakap belakang kami.kutuk belakang kami.tapi kami ni profesional.takda perangai busuk macam tu sekali.pelik pula,insiden Ultras Johor yang bergaduh dengan Polis ketika Corteo di Larkin,tak jadi viral pula.tak kena blame pula.padahal budak pakai topeng dan hoodie hitam tu.peliknya.
apapun yang terjadi,ada hikmahnya.lepas ni fan Malaysia janganlah risau.takkan nampak lagi kelibat kami di Stadium anda malahan di Stadium kami sendiri.lepas ni kami tengok bola kat mamak ramai ramai la.kami buat sebab kami akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor kami.bukan sebab ANDA SEMUA..
p/s:anda dibenarkan komen yang negatif kepada kami walaupun anda orang Johor.
Orange Heroes/Inter Johor Firms
2006-2014
we are the famous firm!
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Bintang Sukan Bintang Sukan 08 Disember, 2014
disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga