Isu Nama Persiaran Gurney Tukar Kepada Persiaran Chin Peng

Persiaran Gurney Tukar Kepada Persiaran Chin Peng
Isu nama Persiaran Gurney tukar kepada Persiaran Chin Peng. Khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Januari 2015 telah tersebar dalam aplikasi telefon pintar WhatsApp hari ini. 

Namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menyangkal khabar angin dan menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal. Kononnya nama jalan Persiaran Gurney di sini akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Persiaran Gurney Tukar Kepada Persiaran Chin Peng

Penjelasan ini dibuat sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Januari 2015 sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Pemuda Umno akan membantah dan mempertahankan agar tidak berlaku pertukaran nama berkenaan kerana Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan negara.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Hamidi SP Hamidi SP 02 Disember, 2014
Mmm..semakin hebat nampaknya..