Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016. Anda ingin memohon ke UA/ IPTA tetapi tidak tahu apa kursus yang perlu dipilih? Kami cadangkan anda pergi ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) yang juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U atau Karnival Pengajian Tinggi tahun 2016 nanti. 

Karnival KPTN ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej di Malaysia yang menyertai pameran pendidikan tersebut.

tarikh dan lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016
Untuk makluman semua pelajar, permohonan UPU ke IPTA/ UA untuk sesi akademik 2016/ 2017 akan dibuka dari 18 Januari 2016 sehingga tarikh tutup 4 April 2016.

Berikut adalah tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016 Jom Masuk U untuk panduan semua.

Jadual Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016

KAWASAN TARIKH NEGERI LOKASI/ TEMPAT
Zon 1 30 - 31 Jan 2016 ZON UTARA Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak
Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
Zon 2 13 - 14 Feb 2016 ZON PANTAI TIMUR
Terengganu
Kelantan
Pahang
Dataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu
Zon 3 20 - 21 Feb 2016 ZON SELATAN
Johor
Melaka
PERSADA, Johor Bahru, Johor
Zon 4 5 - 6 Mac 2016 SABAH
Sabah
WP Labuan
One Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah
Zon 5 19 - 20 Mac 2016 Sarawak Pullman Hotel & Hill Shopping Mall, Kuching, Sarawak
Zon 6 02 - 03 Apr 2016 ZON TENGAH
Selangor
Perak (Selatan)
WP (KL & Putrajaya)
Negeri Sembilan
Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor
Berikut adalah panduan masa waktu buka dan tutup Karnival KPTN 2016. Masuk adalah percuma.
  • 9:00 pagi hingga 6:00 petang (Semenanjung Malaysia)
  • 8:30 pagi hingga 5:30 petang (Sabah dan Sarawak)
karnival masuk u 2016

0 comment... add one now