Jangan Sebar Berita Palsu Banjir Berikut

Berita Palsu Banjir
Jangan Sebar Berita Palsu Banjir Berikut . Dipetik dari mStar online, orang ramai adalah dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan 'berita' palsu banjir berikut yang sedang dalam siasatan SKMM:
1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.
2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.
3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.
4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.
5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.
6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 
7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.
8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.
9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.
10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now