Jarak Ideal Tukar Penapis Udara Kereta

Jarak Ideal Tukar Penapis Udara Kereta (Air Filter). Nak tukar air filter? Bilakah waktu atau masa yang sesuai untuk penukaran salah satu komponen penting enjin kereta ini. Ikut masa atau km?

SOALAN
Perlukah saya menukar atau mencuci penapis udara kerana jarak kilometer (km) kenderaan mencecah 10,127 km?
MAZLAN LAZIM
Kota Bharu

JAWAPAN
Komponen penapis udara kereta memerlukan perhatian setiap perjalanan sejauh 10,000 km. Satu penyebab utama kehausan piston dan silinder enjin adalah udara kotor memasuki kebuk pembakaran. Pastikan penapis udara adalah asli dan sentiasa bersih.

Bergantung kepada pemanduan anda, jika memandu dalam persekitaran berdebu, elok diperiksa penapis udara lebih kerap untuk memastikan prestasi terbaik. Bagaimanapun, lebih baik ditukar baru supaya memberi perlindungan terbaik. Elak cuba membersihkannya dengan meniup dari dalam kerana tekanan angin akan hanya membesarkan liang itu. myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 10 Disember, 2014
terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini...