Jenis-Jenis Penyakit Rabun Mata Dan Cara Rawatan

Jenis-Jenis Penyakit Rabun Mata Dan Cara Rawatan. Masalah penglihatan mata boleh dikesan seawal empat tahun. Biar apa pun masalah penglihatan, ia boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.
Rabun Mata Dan Cara Rawatan

Antara penyebab berlakunya rabun adalah disebabkan faktor keturunan. Seorang anak yang ibu bapanya mengalami masalah rabun mempunyai kebarangkalian 40 peratus menghidap masalah sama. Terjadinya rabun jauh akibat bebola mata seseorang itu lebih besar dan panjang berbanding mereka yang tidak rabun.

Apakah maksud rabun mata?
Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan kanta sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Berikut adalah antara jenis-jenis rabun mata untuk panduan kita bersama :-

Rabun Jauh
Ini adalah rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja serta boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun jauh memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

Rabun jauh biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawall usia 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun jauh mungkin akan menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

Rabun Dekat
Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

Rabun Silau (astigmatism)
Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain.

Cara Atau Kaedah Rawatan
Kaedah rawatan paling mudah untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.

Sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.

Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.

Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia. Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun.

Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek. Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.

Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan.

Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.

Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutama bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun. Penghidap katarak menghadapi kesukaran melihat objek jauh. Seseorang yang menghidap katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek itu masih kelihatan kabur walaupun dengan memakai cermin mata - myMetro

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Asyrani Legacy Asyrani Legacy 18 Disember, 2014
Jika ada yang mempunyai masalah mata rabun/ silau/ katarak/ selaput/ berair, saya sarankan anda mencuba minum Kopi Mata / Coklat Mata Pertama Di Dunia iaitu CEN-Roma & CEN-Coco. Sila hubungi 012-678 0401/ 012-9120401 (sms/call) @ 010-5202192 (whatsapp). Boleh juga layari http://asyranilegacy.blogspot.com/ atau http://www.facebook.com/bizcenroma =)