Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Rendah Dari Tahun Lepas

Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014 Rendah Dari Tahun Lepas. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)  hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan dividen 7.50 sen seunit serta bonus 1 sen seunit bagi Skim Amanah Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Untuk makluman kadar dividen pada tahun 2013 adalah 7.70 sen seunit dan bonus 1 sen seunit. Ini menunjukkan pengurangan 0,20 sen seunit.
Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014

Pengagihan itu melibatkan pembayaran RM10.16 bilion oleh ASNB, peningkatan 10.8 peratus berbanding RM9.17 bilion yang dibayar tahun lepas.

Bonus pula melibatkan peruntukan RM804.43 juta oleh Permodalan Nasional berhad (PNB), peningkatan 19 peratus berbanding RM675.93 juta yang dibayar tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pembayaran akan memanfaatkan 8.6 juta pemegang unit yang kini memiliki 137.07 bilion unit ASB.

“Kami boleh bayar lebih 10 sen, tetapi kami mengambil pendekatan berhemah, 7.5 sen diberi dan selebihnya dibawa kehadapan untuk tentukan perancangan seterusnya kerana portfolio kita jangka panjang bagi pulangan kompetitif," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 2 Januari 2015.

Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now