Kelantan Cuti Umum Esok 28 Disember 2014

Kelantan Cuti Umum Esok 28 Disember 2014

Kelantan Umum Ahad 28 Disember 2014 Cuti Umum Peristiwa. Banjir yang masih belum reda lagi menyebabkan Kelantan mengisytiharkan esok, Ahad 28 Disember 2014 sebagai cuti umum / peristiwa.

Informasi terkini mengenai bencana banjir di Malaysia di SINI
Pengumuman telah di buat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Untuk makluman, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat, apabila seramai 81, 923 mangsa ditempatkan di 254 pusat pemindahan sehingga pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Nik Omar Nik Ab Rahman, berkata angka itu terus meningkat berbanding semalam seramai 45, 467 mangsa banjir.
Kerajaan Kelantan juga mengumumkan penangguhan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 pindaan 2004 atau hudud yang sepatutnya pada Isnin ini. 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now