Kelantan Gugur Pemain Import Stefan Nikolic Dari Skuad TRW 2015

Kelantan Gugur Pemain Import Stefan Nikolic Dari Skuad TRW 2015. Pasukan Kelantan The RED Warriors (TRW) telah mengambil keputusan untuk mengugurkan salah seorang dari 4 pemain import mereka untuk Liga Malaysia musim 2015 disebabkan masalah teknikal.

Stefan Nikolic, penyerang kelahiran Montenegro dan pernah beraksi bersama Incheon United FC dalam Liga Klasik Korea Selatan pada tahun 2014 kini tidak lagi berada dalam senarai rasmi pemain import Kelantan.

Nama Nikolic, penyerang yang berketinggian 1.93 meter dikeluarkan pada hari terakhir pendaftaran pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berakhir tengah malam Jumaat lalu, berikutan masalah teknikal.
Stefan Nikolic Kelantan FA
Keputusan ini diumumkan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebooknya, semalam, apabila memberitahu sememangnya perancangan awal Kelantan mahu mendapatkan Erwin Carrillo namun gagal mendapat pelepasan daripada kelab lamanya, Union Magdalena.
“Tiba-tiba Stefan Nikolic menghadapi masalah ITC pada saat-saat akhir dan Erwin Carrillo pula berjaya mendapat pelepasan.
"Lalu kita sempat masukkan Erwin Carrillo ke dalam senarai pendaftaran dan lulus.” 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now