Keluar Duit Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015

caj gst 2015 untuk transaksi bank
Keluar Duit Guna Mesin ATM Lain Kena GST 2015. Untuk makluman semua, melalui rangkaian ATM bank-bank tempatan dan antarabangsa, MEPS menyediakan perkhidmatan ATM yang meluas. Namun dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula pada 1 April 2015, pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank. Yang paling terkesan adalah pengeluaran wang guna mesin ATM lain daripada pengeluar kad bank.

Menurut Kementerian Kewangan menerusi laman Facebooknya pada Jumaat, caj perkhidmatan oleh bank akan tertakluk kepada GST dan oleh itu pelanggan perlu membayar caj tambahan sebanyak 6%.
"Sebarang bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj MEPS, akan tertakluk kepada GST.
"Sebagai contoh, sekiranya pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang dari mesin ATM CIMB, caj MEPS adalah sebanyak RM1 dan kadar GST yang dikenakan adalah RM0.06," 
Namun, kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan iaitu RM100 ke atas.

Kadar fee sebelum ini adalah seperti berikut
Pemegang kad bank-bank tempatan akan dikenakan caj RM1.00* untuk setiap transaksi. Pemegang kad bank-bank asing, sila rujuk kepada bank anda untuk caj yang dikenakan. 

Menurut laman web rasmi GST pula, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran bank seperti berikut :

  • Insurans atau buku cek
  • Penyediaan penyata bank
  • Pemprosesan pinjaman
  • Perkhidmatan arahan tetap
  • Perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham.

Walaupun GST dikenakan ke atas bayaran yang dikenakan, jumlah sebenar terlibat dalam transaksi seperti jumlah pengeluaran dan faedah yang dibayar untuk pinjaman tidak akan terjejas disebabkan cukai itu.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now